Friday 13 April 2012

PTPTN : Mansuh atau Kekal...


Pada saat ini, Isu PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara) menjadi isu panas yang telah menggegarkan landskap negara terutama landskap politik negara. Pelbagai pihak termasuk parti politik, NGO, kakitangan kerajaan dan rakyat Malaysia sendiri sedang membincangkan isu ini. Persoalan yang timbul apabila ramai yang tidak berpuas hati terhadap  sistem PTPTN yang membebankan masyarakat dan pelajar. Saya pasti setiap orang ada pandangan dan pendapat yang berbeza terhadap PTPTN.
Tetapi isu pokok yang sewajibnya menjadi keutamaan adalah Mansuh atau kekalkan PTPTN..


Pada pendapat saya, PTPTN wajib dimansuhkan kerana beberapa sebab yang muhasabah, yang pertama adalah sistem "interest" yang telah diwujudkan banyak membebankan mahasiswa malah para graduasi. Mahasiswa yang sudah tamat belajar dicari hingga ke lubang cacing semata-mata kerana ingin menuntut hutang beserta interest. Yang kedua adalah nama PTPTN itu sendiri telah menimbulkan doktrinisasi kepada masyarakat iaitu pinjaman yang berunsur penipuan dan ada bunga. Ramai yang menyebut PTPTN sebagai PTPTipu...

Berilah nama lain dan ubah sistem PTPTN tersebut, beri pendidikan secara percuma dan letaklah nama apa sekalipun kerana nama tidak menjadi isu pokok... 



Selain itu, ramai yang tidak setuju PTPTN dimansuhkan kerana sikap dan perangai mahasiswa...Sebenarnya bagi saya, soal sikap mahasiswa tidak boleh dijadikan hujah yang kukuh kerna sikap itu boleh dipupuk dan dibentuk. Kita sering menggunakan perkataan "bukan semua" dalam membandingkan dalam majoriti situasi yang berlaku saban hari. Contoh yang jelas adalah dalam isu PTPTN ini. Boleh kita simpulkan yang bukan semua pelajar yang boros dan juga bukan semua pelajar yang jimat. Ini bermaksud kita perlu mengutamakan yang lebih utama iaitu kesenangan pihak yang memerlukan daripada menilai kehendak semua orang yang sudah semestinya retorik semata-mata.


Tetapi apabila kita memberikan pendidikan percuma dengan apa nama sekalipun tidak kiralah PTPTN atau apapun, semua tidak terbeban tidak kira golongan miskin atau kaya malah menguntungkan orang miskin...betul atau tidak??;


yang miskin tidak perlu terbeban dengan yuran tiap2x semester yang sangat membebankan...yang kaya pula tidak effect apa2x jika PTPTN dimansuhkan. Tetapi kita melihat kembali kepada majoriti taraf rakyat negara masih berada ditakuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang bergantung kepada PTPTN. Ini yang menjadi bebanan mutlak kepada rakyat Malaysia...


Contoh mudah yang boleh saya berikan, jika kerajaan Malaysia mengeluarkan peruntukan pada tahun hadapan untuk memberikan sebuah rumah percuma kepada sesebuah keluarga. Adakah relevan kita memberi alasan rumah tak patut diberikan percuma kerana nanti orang tak hargai dan tidak menjaga rumah tersebut dengan elok. Saya yakin semua akan setuju kerna itu adalah keperluan wajib buat semua umat manusia..


Kesimpulannya kenapa negara kita perlu menyusahkan rakyat dengan pendidikan berbayar yang sepatutnya diberikan percuma kepada rakyat. Rakyat berhak mendapat pendidikan percuma...terserah kepada kawan semua menentukan samada mansuh PTPTN atau kekal. Sekian terima kasih.