Sunday 6 March 2011

Keajaiban Hati


Hati???

Hati itu ibarat Istana sebuah keindahan yang tak nampak, sebuah keagungan yang tak terlihat, namun dapat dirasakan oleh setiap insan kerana hati berhubung rapat dengan iman dan taqwa. Ibarat tidak manisnya kopi tanpa gula, tidak lengkapnya masakan tanpa garam...

Meskipun hati bukanlah Tuhan tapi jangan biarkan hati menjadi sarang-sarang syaitan, bergantung hanya kepada hati adalah bualan sufi murahan, namun mengabaikan masalah hati adalah simptom awal dari sebuah kesesatan.

Hati bukanlah gedung kebenaran, kerana hati hanyalah tempat persinggahan petunjuk yang difahami melalui ajaran Kebenaran iaitu berdasarkan rujukan Al-Quran dan As-sunnah. Menuhankan hati adalah menuhankan nafsu, namun menutup hati bererti menutup pintu hidayah...

Hati ibarat lautan yang luas tanpa tepian dan pantai, namun hati boleh menjadi sempit dan keras seperti batu ketika kita membiarkannya tanpa sentuhan Ajaran kebenaran. Namun, walaupun batu yang keras apabila ditiskan air yang kecil tetapi secara berterusan atau istiqamah, insyaAllah berlekuk jua.

Inilah yang dikatakan hati...sedangkan iman seseorang berbolak balik inikan hati yang sentiasa diserang oleh bala tentera syaitan. Jagalah hati anda supaya tidak diselubungi misteri....