Sunday 10 November 2013

PENCURI dan ORANG KAYA...

[AL-KISAH]

Suatu kisah dimana pencuri ingin mencuri sebuah rumah orang kaya...

Di sebuah kampung in terdapat sebuah rumah yang sangat besar dan menjadi tumpuan ramai orang kampung, ORANG KAYA ini sangat alim orangnya, selalu bersama masyarakat dan suka menolong orang...

Suatu hari ada PENCURI cuba mencuri HARTA di rumahnya kerana dikatakan di dalam rumahnya terdapat HARTA yang sangat bernilai yang disimpan di dalam satu peti...

Lalu PENCURI itu memecah masuk ke dalam rumah ORANG KAYA tersebut untuk mencuri peti tersebut. PENCURI itu mengambil isteri ORANG KAYA itu untuk dijadikan tebusan.

PENCURI itu bertanya dengan kasar kepada ORANG KAYA, lalu terjadilah dialog diantara PENCURI dan ORANG KAYA...

PENCURI: "Di manakah peti yang menyimpan harta bernilai kamu itu!!!"

ORANG KAYA: "Anak, Pak Cik tiada harta yang bernilai yang anak nak itu.."

PENCURI: "Kamu jangan tipu wahai ORANG KAYA, kalau tidak aku bunuh isteri kamu.."

ORANG KAYA: "Baiklah anak, jika engkau hendak sangat HARTA yang bernilai itu, nanti Pak Cik ambilkan..." lalu ORANG KAYA pun mengambil peti di dalam almarinya lalu diberikan kepada PENCURI tersebut

PENCURI: AKhirnya aku dapat juga HARTA yang bernilai nie. Aku kaya!!!

ORANG KAYA: Betul cakap kamu anak, jika kamu dapat HARTA ini kamu akan kaya...

Lalu PENCURI itu membuka Peti itu dengan tidak sabar-sabar. Lalu dia sangat terkejut dan terkedu kerana didalam peti itu terdapat...

AL-QURAN...!!

Lalu ORANG KAYA berkata "Anak, tidak semestinya HARTA yang bernilai ini hanya DUIT dan BARANG KEMAS. Malah ada HARTA yang paling bernilai buat semua manusia iaitu Al Quran. Dengan Al-Quran insyaAllah kamu akan dapat kekayaan yang pak cik sebutkan itu malah kekayaan yang menjangkaui DUNIA iaitu kekayaan di AKHIRAT"

Lalu PENCURI itu pun tertunduk dan menangis teresak-esak kerana insaf dengan perbuatannya. Lalu nekad untuk berubah dan tidak mahu mengulangi perbuatannya itu..







Moral Of the Story: Hidayah itu milik Allah, Allah boleh beri hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki sekelip mata biarpun dia seorang Perogol, pembunuh, pencuri. Juga Allah boleh sesatkan mereka yang ber"title"kan akhi, ustaz, Syeikh dengan sekelip mata. Doakanlah supaya kita ditetapkan hati berada di jalan yang Diredhai Allah...Astaghfirullahal'azim

*Kisah Rekaan Semata-mata, tidak ada kena mengena antara hidup dan mati...

Monday 25 February 2013

BB1M vs Pendidikan Percuma


Alhamdulillah, saya kira isu BB1M vs pendidikan Percuma ini telah menjadi perbualan hangat kebelakangan ini. Ini adalah satu perkara yang perlu kita ambil dari sudut positif. Suka saya beritahu bahawa inilah mahasiswa. Mahasiswa bukan hanya mengikut tetapi mereka adalah golongan yang mampu menerima dan menolak sesuatu perkara atas dasar HUJAH yg masak. Perbincangan berkaitan isu besar negara perlu dibudayakan dalam Kampus dan dalam perbincangan, perlu kita letakkan istilah "Agree to disagree and Disagree to Agree". Dengan inilah budaya intelektual mahasiswa seluruh Malaysia akan meningkat.

Pertamanya terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana telah berusaha membantu Mahasiswa dengan BB1M (Baucer Buku 1 Malaysia) dimana saya kira ianya satu usaha yang baik dalam membentuk mahasiswa yang cintakan ilmu. Tetapi saya melihat bahawa BB1M lebih kepada sumbangan berbentuk "short term effect" berbanding Pendidikan Percuma yang berbentuk "long term effect". Perlu kita lihat bahawa dengan adanya Pendidikan Percuma, tidak salah untuk Kerajaan Malaysia memberi BB1M untuk mahasiswa gunakan sebaiknya untuk membeli buku. Inilah "Win-Win situation" yang sepatutnya.




Pendidikan Percuma - Hak Rakyat

Saya rasa semua Mahasiswa perlu jelas Pendidikan Percuma bukan sekadar berkisar tentang UKM, tetapi ianya melibatkan seluruh institusi Pendidikan di dalam negara Malaysia. Mahasiswa hari ini perlu ada "Globalised thinking" dan "Futuristic Thinking" dimana kita nampak kesan Pendidikan Percuma lkepada Malaysia 20 tahun kehadapan. Itulah kenapa saya mengatakan bahawasanya "Politician always talk about general Election but A statesman talk about building generation"


saya setuju dengan istilah "Education is not for sale". Oleh sebab itu, Pendidikan Percuma menjadi pilihan kerana Pendidikan Percuma adalah isu kebajikan kepada rakyat. Saya suka kita meraikan semua pihak tanpa mengabaikan mana-mana pihak. 




Contohnya, kita tahu mereka yg masuk ke universiti ini berbeza latar belakang mereka. ada yang miskin dan ada yang kaya. Saya beriman kepada pegangan iaitu Semua orang diberi Peluang untuk belajar tanpa batasan wang utk belajar. Kita perlu lihat kesusahan seseorang lebih berbanding kesenangan. Jika dahulu tahun 70-an ibu-bapa terpaksa menjual lembu hasil keluarga sekadar utk membayar yuran universiti...apabila semua orang diberi peluang utk belajar, disitulah kita akan lihat masyarakat kita yg bermentaliti kelas ke-3 akan berubah menjadi lebih baik...

Kita raikan golongan yg lebih kaya, betul mereka dengan senang tidak perlu membayar apa-apa untuk belajar. tetapi langkah yg lebih baik utk menggalakkan masyarakat belajar adalah berikan insentif kepada mereka yg berjaya dan usah bebankan mereka yg kurang berjaya dengan hutang.

First Class Education Create First Class Mentality

Apabila kita berbicara tentang Pendidikan dan pelajaran kelas Pertama. Percayalah bahawa "First Class Education" hanya dapat dicapai dengan perubahan mentaliti dan sikap masyarakat itu sendiri. Jalan terbaik untuk mengubah mentaliti dan sikap masyarakt bukan dengan membebankan dengan hutang tetapi dengan ilmu yang bermanfaat.

Adakah kita terbayang generasi hadapan yang bakal mengganti kita akan menikmati pendidikan Percuma. Mereka belajar tanpa perlu memikir tentang hutang yang berada di keliling pinggang seperti kita sekarang...Secara psikologi, manusia yang terjebak dengan hutang pemikirannya tidak akan tenang dan inilah liabiliti yang menyebabkan kenapa pemikiran mahasiswa kita tidak berkembang pesat. Ianya adalah masing-masing hendak mengejar ponter 3.5 above dalam bidangnya sahaja menyebabkan Bidang semua masyarakat perlu tahu seperti Politik, sosial, ekonomi, Pendidikan, Pentadbiran negara diabaikan. Akhirnya negara akan mendapat produk graduasi yang hanya mengambil kisah tentang hal kerjayanya tanpa menghiraukan tentang Politik, sosial, ekonomi, Pendidikan, Pentadbiran negara.

Huraian diatas adalah untuk kita sama-sama sedar tentang bagaimana Pendidikan Percuma mampu membina generasi masyarakat yang berminda kelas pertama. Sekali lagi saya setuju dengan istilah "Education is not for sale" but "Education is for Free". Perlaksanaan pendidikan Percuma dan untuk menjadikan Pendidikan percuma sebuah realiti, kita perlu beri peluang untuk mereka buktikannya. Ini adalah satu gagasan idea yang tidak semestinya betul dan tidak semestinya salah. Semua berhak setuju atau tidak bersetuju...wallahu'alam

"Lead The Changes, Ber-GM lebih Baik"

Sunday 3 June 2012

Himpunan Hijau Menuju Mardhatillah

"Dengan nama Allah yang Pemurah lagi maha Penyayang"

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Menguasai Langit, Bumi dan yang ada diantara kedua-duanya. Selawat dan Salam kepada rasullullah S.A.W  yang telah mengorbankan segala-galanya demi menyebarkan risalah Islam, keluarga baginda serta para sahabat baginda.

Amma Ba'd

Sedikit perkongsian dan coretan dari diriku yang jahil tentang episod hidupku di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya...



Alhamdulillah kerana Himpunan Hijau Menuju Putrajaya anjuran Parti Islam Semalaysia (PAS) telah berjaya dengan lancarnya walaupun ada sedikit kurang dan cacat cela dimana-mana kerana perhimpunan ini dianjurkan oleh manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan. Tetapi tidaklah sehingga melanggar syarak. Kehadiran peserta ke perhimpunan tersebut yang dijangkakan adalah melebihi 100,000 peserta dan dijangkakan lebih 50% adalah dikalangan pemuda. Ini adalah satu tanda dimana pemuda pengganti generasi masa depan semakin ghairah memburu kemenangan demi  menggapai cita-cita membentuk kembali Daulah Islamiyyah.

Inilah Perhimpunan yang diidami oleh sekian umat manusia iaitu perhimpunan yang dapat membimbing seisi umat manusia kearah mardhatillah. Setiap laungan memuji kebesaran Allah S.W.T, setiap ceramah dan taujihad  mengajak umat manusia supaya turun ke medan jihad untuk meletakkan islam di tempat yang sepatutnya. Himpunan ini juga dihadiri Ulama' yang diiktiraf seluruh ulama-ulama seluruh dunia...





Tidak dapat menahan air mataku melihat para pemuda yang sanggup menggadaikan masa muda mereka, Tidak lupa juga kepada ramai artis-artis yang kian banyak kembali kepada islam. sanggup menggadaikan populariti. tetapi yang penting mereka sanggup mengambil risiko ancaman dari musuh. Mereka berjuang bersama islam tidak kira apa latar belakang mereka. Bersedia melafazkan Bai'ah berjuang demi menegakkan islam. Inilah hasil tarbiyah yang telah melahirkan ramai kader-kader pejuang Fi Sabillillah juga generasi tentera-tentera Islam di zaman Rasullullah S.A.W.

Dalam Perang Yarmouk, kata-kata panglima tenteta islam Khalid Al Walid kepada panglima tentera Rom iaitu Heraklius dan menggegarkan hati-hati heraklius dan tentera Rom ketika itu.

Kata Khalid Al Walid kepada Heraklius "Aku datang dengan tentera yang cinta mati sepertimana tentera kamu yang cinta hidup"



Inilah hasil tarbiyah rasullullah S.A.W dan tarbiyah ini telah berjaya melahirkan tentera-tentera Allah yang dimatanya hanya nampak Kemenangan Islam dan Syahid. Tidak hirau mehnah dan tribulasi serta ancaman yang datang. Jadi kita adalah generasi yang dilahirkan demi menyambung perjuangan rasullullah S.A.W ini.



Doa adalah senjata umat islam, jadi Sama-sama kita berdoa supaya islam berjaya tertegak di Bumi Malaysia malah dunia seterusnya Islam menjadi "Ustaziyatul Alam" dimana semua manusia dapat hidup aman dan damai dibawah pemerintahan Islam. semoga perkongsian yang serba kekurangan diatas membawa kita semua mendekati Allah S.W.T. Wallahu'alam...






Thursday 31 May 2012

Mahatma Ghandi : Pemimpin Revolusi Rakyat India

Sebagai seorang anak muda terutama Mahasiswa, kita perlu mengetahui walaupun sedikit berkaitan dengan sejarah negara mahupun sejarah dunia. Kerana dengan sejarah dapat membentuk diri seseorang itu. Mahasiswa adalah pemimpin negara di masa hadapan dan kita juga akan memimpin generasi selepas kita supaya menjadi lebih baik. Mahasiswa juga perlu mempunyai idola yang hebat, idola yang terbaik adalah Rasullullah S.A.W dan bukannya artis hiburan sepertiK-POP dan Justin Bieber yang merendahkan mentaliti pemuda.

Setelah menonton filem "Gandhi" yang dikeluarkan pada tahun 1982, filem ini banyak memberi kesan kepada diriku. Lebih 3 jam menonton sambil membedah filem berkaitan tokoh Kemerdekaan India yang sangat hebat ini. Selepas itu, aku mula mencari siapakah sebenarnya Mahatma Gandhi...Marilah sama-sama kita telusuri kelebihan seorang yang bergelar bapa Kemerdekaan India. 



Biodata

Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan tersebut. Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau. 

Mengikut adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.
Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang. Di samping mempelajari undang-undang, Pada 1891, beliau lulus peperiksaan akhirnya dan pulang ke India sebagai seorang peguam.

Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki Hindu yang marah kerana kepercayaan Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak yang sama.

Kehebatan Seorang Pemimpin

1. Keagamaan

Beliau merupakan seorang yang pentingkan soal keagamaan. dimana beliau telah membaca pelbagai kitab dari berbagai agama seperti kitab Agama Islam, Hindu, Kristian dan juga Yahudi. Ini membuktikan bahawa seorang pemimpin yang hebat tidak boleh dipisahkan dari aspek agama. Diantara pemimpin Islam yang tidak asing lagi iaitu Rasullullah S.A.W iaitu seorang Rasul utusan Allah S.W.T, 4 Khalifah Khulafa' Ar- Rasyidin iaitu saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al Khattab, Saidina Uthman bin Affan, dan Saidina Ali dan ramai lagi pemimpin-pemimpin islam mahupun pemimpin agama yang lain. Walaupun, Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.

2. Ideologi

Beliau juga seorang yang mempunya ideologi yang diiktiraf seluruh dunia malah telah menjadi pegangan tokoh-tokoh dan aktivis-aktivis revolusi seperti Martin Luther King Jr. dan Nelson Mandela. Ideologi yang menjadi pegangan Mahatma Gandhi adalah "Kesederhanaan".  Prinsip Gandhi, satyagraha, sering diterjemahkan sebagai "jalan yang benar" atau "jalan menuju kebenaran". Beliau juga membawa gerakan kemerdekaan India secara aman dan sama sekali tidak membenarkan kekerasan berlaku. Mahatma Gandhi adalah orang  yang mencetuskan gerakan yang menggunakan jalan keamanan (demonstrasi secara aman) dan tolak keganasan yang kini digunakan oleh pelbagai negara  seperti sebilangan negara dalam peristiwa "Arab Spring" dan negara lain di seluruh dunia terutama di Malaysia.

3. Berjiwa rakyat dan Berjiwa Besar

Mahatma Gandhi adalah seorang yang berjiwa rakyat. Beliau adalah orang yang benci perbezaan dan ketaksuban terhadap bangsa (perkauman), Kejadian dimana ketika Mahatma Gandhi berada di Afrika Sealatan untuk membela seorang klien. Di sana Beliau melihat diskriminasi perkauman yang sangat dahsyat. Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibunegeri Natal. Sewaktu didalam keretapi, seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang "berwarna" di kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama. Akhirnya beliau serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut. Isu inilah yang menyebabkan Mahatma Gandhi nekad untuk berjuang menghentikan dasar Aparteid yang membezakan darjat ini di India malah seluruh Dunia.

Albert Einstein berkata mengenai Gandhi: "(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini."

Akhirnya, semoga maklumat ini dapat menjadikan diri kita sebagai seorang pemimpin yang hebat di masa hadapan. Fahamilah kata-kata hikmah dari seorang tokoh hebat dunia ini. 

Kata hikmah dari Mahatma Gandhi:
"Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan."

"Jadilah kamu manusia yang pada kelahiranmu semua orang tertawa bahagia, tetapi hanya kamu sendiri yang menangis dan pada kematianmu semua orang menangis sedih, tetapi hanya kamu sendiri yang tersenyum."

Wallahu'alam




Friday 13 April 2012

PTPTN : Mansuh atau Kekal...


Pada saat ini, Isu PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara) menjadi isu panas yang telah menggegarkan landskap negara terutama landskap politik negara. Pelbagai pihak termasuk parti politik, NGO, kakitangan kerajaan dan rakyat Malaysia sendiri sedang membincangkan isu ini. Persoalan yang timbul apabila ramai yang tidak berpuas hati terhadap  sistem PTPTN yang membebankan masyarakat dan pelajar. Saya pasti setiap orang ada pandangan dan pendapat yang berbeza terhadap PTPTN.
Tetapi isu pokok yang sewajibnya menjadi keutamaan adalah Mansuh atau kekalkan PTPTN..


Pada pendapat saya, PTPTN wajib dimansuhkan kerana beberapa sebab yang muhasabah, yang pertama adalah sistem "interest" yang telah diwujudkan banyak membebankan mahasiswa malah para graduasi. Mahasiswa yang sudah tamat belajar dicari hingga ke lubang cacing semata-mata kerana ingin menuntut hutang beserta interest. Yang kedua adalah nama PTPTN itu sendiri telah menimbulkan doktrinisasi kepada masyarakat iaitu pinjaman yang berunsur penipuan dan ada bunga. Ramai yang menyebut PTPTN sebagai PTPTipu...

Berilah nama lain dan ubah sistem PTPTN tersebut, beri pendidikan secara percuma dan letaklah nama apa sekalipun kerana nama tidak menjadi isu pokok... 



Selain itu, ramai yang tidak setuju PTPTN dimansuhkan kerana sikap dan perangai mahasiswa...Sebenarnya bagi saya, soal sikap mahasiswa tidak boleh dijadikan hujah yang kukuh kerna sikap itu boleh dipupuk dan dibentuk. Kita sering menggunakan perkataan "bukan semua" dalam membandingkan dalam majoriti situasi yang berlaku saban hari. Contoh yang jelas adalah dalam isu PTPTN ini. Boleh kita simpulkan yang bukan semua pelajar yang boros dan juga bukan semua pelajar yang jimat. Ini bermaksud kita perlu mengutamakan yang lebih utama iaitu kesenangan pihak yang memerlukan daripada menilai kehendak semua orang yang sudah semestinya retorik semata-mata.


Tetapi apabila kita memberikan pendidikan percuma dengan apa nama sekalipun tidak kiralah PTPTN atau apapun, semua tidak terbeban tidak kira golongan miskin atau kaya malah menguntungkan orang miskin...betul atau tidak??;


yang miskin tidak perlu terbeban dengan yuran tiap2x semester yang sangat membebankan...yang kaya pula tidak effect apa2x jika PTPTN dimansuhkan. Tetapi kita melihat kembali kepada majoriti taraf rakyat negara masih berada ditakuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang bergantung kepada PTPTN. Ini yang menjadi bebanan mutlak kepada rakyat Malaysia...


Contoh mudah yang boleh saya berikan, jika kerajaan Malaysia mengeluarkan peruntukan pada tahun hadapan untuk memberikan sebuah rumah percuma kepada sesebuah keluarga. Adakah relevan kita memberi alasan rumah tak patut diberikan percuma kerana nanti orang tak hargai dan tidak menjaga rumah tersebut dengan elok. Saya yakin semua akan setuju kerna itu adalah keperluan wajib buat semua umat manusia..


Kesimpulannya kenapa negara kita perlu menyusahkan rakyat dengan pendidikan berbayar yang sepatutnya diberikan percuma kepada rakyat. Rakyat berhak mendapat pendidikan percuma...terserah kepada kawan semua menentukan samada mansuh PTPTN atau kekal. Sekian terima kasih.

Tuesday 24 January 2012

Wasiat As-Syahid Syed Qutb

Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan ‘Rabbuna’Llah’.


MENYELAMI WASIAT SYED QUTB

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku 
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat ummat ini
Dan ……
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syorga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar

Wasiat ini di tulis beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid. Jika di baca sekali imbas, tidak akan dapat di fahami sepenuhnya. Tetapi sebaliknya jika dibaca berulang-ulang kali dan cuba menghayati apa maksud yang tersirat di sebalik keindahan bait bait sajak beliau itu maka kita akan dapat merasai kesayuan dan menangisi pemergian beliau - berkorban hatta nyawa demi Islam. Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan ‘Rabbuna’Llah’.

Beliau telah mengorbankan sebahagian besar hidupnya dalam mendalami Al-Qur’an (lebih 10 jam sehari) dengan roh perjuangan dan ketegasan sikap serta pemikiran yang cukup bernas. Hingga kini hasil penulisan beliau yang dibukukan menjadi rujukan kepada setiap peringkat gerakan dan pencinta Islam.




Pesanan akhir beliau dirangkumkan dalam bentuk puisi/sajak dan amat menyentuh perasaaan jika memahami maksud yang tersirat. As-Syahid Syed Qutb mengisytiharkan bahawa tugas tugas beliau di muka bumi ini telah selesai dan telah sampai masanya dia kembali kepada Allah SWT yang sememangnya di nanti-nantikan. Hasil kreativiti dan penulisan beliau telah cukup menjadi saksi beliau di hadapan Allah SWT dan menjadi bekalan dan rujukan kepada pencinta-pencinta Islam yang akan meneruskan perjuangannya.

Pada rangkap pertama, As-Syahid amat pasti bahawa akan ada saudara-mara, sahabat handai dan para dai yang menangisi pemergiannya (kematiannya). Beliau yakin, tangisan itu akan menyalakan semangat atas dasar iman (nyalakan obor buat umat ini) untuk meneruskan perjuangannya hingga berjaya. Perjuangan untuk mendaulatkan Deen Allah di dalam kehidupan tidak akan berkahir, walaupun perjuangannya telah kembali kepada Allah SWT. Pasti ada pejuang lain yang akan tampil mengganti di kalangan Ikhwan yang diproses keimanannya. Beliau amat mengharapkan para pendakwah TERUSkan kewajiban berjihad menegakkan yang ma’ruf dan mencegah yang munkar hingga berjaya dan sekaigus menumpang Jahiliyah yang bermaharajalela di muka bumi ini. Perjuangan itu ibarat mengenggam bara api sampai menjadi arang (diatas tulang-tulangku yang hancur luluh) dan ibarat lilin yang membakar demi Islam!

Rangkap kedua beliau menyatakan bahawa berakhirnya hayat beliau di tali gantung bukan bermakna beliau telah mati. Sebaliknya beliau masih hidup di sisi Allah SWT.

“Janganlah kamu menyangka orang yang gugur berjuang pada jalan Allah itu mati. Sesungguhnya mereka itu hidup dan diberi rezeki oleh Allah.” (Ali Imran: 169)

“Kematianku adalah satu perjalanan mendapatkan kekasih yang sedang merindu”, merupakan ayat yang sangat indah bunyinya membawa maksud yang menyentuh perasaan. As-Syahid seolah olah memujuk para pendakwah agar tidak terus menangisi kehilangannya. Tidak ada apa yang perlu disedihkan kerana rohnya sedang mengembara (perjalanan) menuju kepada Allah SWT untuk bersama roh roh para anbiya dan para syuhada’ yang sedang menunggunya (kekasih yang sedang merindui).

Pintu-pintu syorga terbuka luas menerima rohnya (taman-taman di syorga Tuhanku bangga menerimaku). Perkataan BANGGA memberi maksud yang amat kuat bahawa segala apa yang disediakan di syorga ternanti-nanti menerima kedatangan dan kehadiran pendakwah sepertinya. Burung-burung merupakan simbolik pada para bidadari atau mala’ikat. Mala’ikat dan para bidadari riang menyambut kedatangannya dan melayaninya sebagai di antara tetamu yang teristimewa di syorga. Ternyatalah bahawa di saat akhir hayatnya, As-Syahid telah terbau harum syorga atau terbayang keadaan syorga menantinya. Dengan keyakinan itu, beliau berani menyatakan bahawa hidupnya bahagia di alam abadi (Bahagialah hidupku di alam abadi).

Dalam rangkap ketiga, beliau menanamkan keyakinan dan semangat terus berjuang bahawa alam ini akan disinari fajar lagi. Tidak mustahil daulah Islam akan tertegak lagi di muka bumi ini. Menurut keyakinannya, “puaka kegelapan pasti akan hancur” bermaksud jahiliyah yang diwakili oleh ‘kuasa besar’ Amerika dan Russia pasti akan tumbang. Karangan beliau ‘Masa Depan di tangan Islam’ (‘Al Mustaqbal Lihaza Al-Din) memperkatakan tentang keyakinan itu. Kenyataan beliau telah dibenarkan oleh reality kini bahawa kerajaan Komunis Russia telahpun tumbang.

Beliau mengulangi lagi tentang keadaan rohnya. Jiwanya pasrah dan rela dibunuh untuk mempertahankan kalimah “Lailaha illallah Muhammadur Rasulullah” agar sentiasa bergema di muka bumi ini. “Biarlah rohku pergi mendapatkan rindunya” merupakan satu penekanan bahawa pengorbanan untuk menegakkan daulah Islam tidak ada ruginya. Walaupun di dunia terasa seperti kerugian, tetapi hakikatnya roh beruntung kerana dapat berkumpul bersama-sama roh yang merinduinya. Roh yang sentiasa di dalam pemeliharaan Allah dan disanjung oleh Allah SWT.

Wednesday 30 November 2011

Solat: Terlupa Bilangan Rakaat Solat



Assalamualaikum,

saudara, dalam post ini kita lihat pula apakah panduan as-Sunnah, jika berlaku keadaan bilamana ketika kita sedang solat, disebabkan gangguan syaitan, kita terlupa rakaat berapakah kita telah kerjakan, yg ketiga ke atau yg akhir ke? Atau, yg kedua ke atau ketiga ke? Ini sering berlaku jika ketika kita solat fikiran kita dirasuk syaitan fikiran kita mengelamun, kemudian bila sedar kita terlupa sudah rakaat ke berapa! 
Di dalam kes yang disebutkan di dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) pernah memendekkan (yakni, tidak cukup rakaat solatnya dan dia memberi ’salam’) atau memanjangkan solatnya (yakni, buat lebih daripada rakaat yang ditetapkan bagi solat tersebut). 

Adakah anda khusyuk dalam solat???

Diriwayatkan hadith daripada Abdullah (r.a) berkata: ‘Bersolat Rasulallah (s.a.w), maka berkata Ibrahim: ‘Adakah menambah atau mengurang (akan solat)?’ Maka ketika sudah memberi ‘salam’, ditanyakan baginya (oleh makmum): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Adakah membuat pembaharuan dalam solat akan sesuatu?’ Bersabda dia: ‘Adakah demikian?’ Berkata mereka (memberitahu): ‘Bersolat engkau demikian dan demikian.’ (Berkata Abdullah): ‘Maka Rasulallah (s.a.w) melipatkan kakinya (i.e. seumapama duduk ketika Sujud) sambil memandang ke qiblat, maka Sujud dia dua Sujud, kemudian memberi ‘salam’. Kemudian beliau menghadapi kami dengan mukanya, maka bersabda: ‘Sesungguhnya jikalau membuat pembaharuan dalam solat sesuatu, (aku) memberitahu akan kamu dengannya (yakni, akan diberitahu sahabat secara resminya), dan akan tetapi (terlupa aku dan) sesungguhnya aku manusia biasa sebagaimana kamu sekelian. Maka ketika lupa, maka ingatkan aku dan ketika ragu salah seorang kamu (bilangan rakaatnya) di dalam solat, hendaklah pegang pada (bilangan rakaat) yang terakhir, maka sempurnakanlah (yakni, sambung semula) atasnya (i.e. sempurnakan rakaat yang belum dibuat), kemudian Sujudlah dua Sujud (yakni, Sujud Sahwi)’ [Hadith Muslim, Kitab Solat] 

Di dalam hadith di atas jemaah hairan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersolat tidak cukup rakaatnya (yakni, patut empat rakaat dibuat tiga) atau terlebih rakaatnya (yakni, patut empat dibuat lima). Maka beliau kembali duduk seumpama duduk dalam Tahiyat Akhir, dan beliau Sujud dua kali (Sujud Sahwi). Di dalam hadith tersebut juga Rasulallah (s.a.w) memberikan satu prinsip atau ketetapan baru. Apabila kita bersolat, kita terlupa rakaat berapakah kita berada, contonyha tiga atau empat. Maka dalam keadaan sedemikian kita disuruh Rasulallah (s.a.w) hitung atau kira rakaat yang terendah, yakni, dalam contoh ini, kita anggapkan kita berada di rakaat ketiga. Maka kita sempurnakan solat kita dengan membuat satu rakaat lagi selepas rakaat yang kita sedang solatkan. Kemudian, sebelum ‘salam’ ataupun sesudah ‘salam’, kita buat ‘Sujud Sahwi’ dua sujud. 

Di dalam sepotong hadith lain, dimuatkan oleh ibnu Majah, terjadi bahawa Rasulallah (s.a.w) solat Zohor atau solat ‘Asar, tetapi beliau memberi ‘salam’ selepas rakaat kedua. Kemudian beliau masuk ke rumahnya. Para sahabat hairan, dan ada yang bertanyakan perkara kurang rakaat itu. Maka setelah beliau bertanya kepada sahabat lain yang berjemaah dengannya, dan apabila disahkan, beliau kembali masuk mesjid, berdiri dan mensolatkan rakaat ketiga dan ke-empat, kemudian beliau membuat ‘Sujud Sahwi’dan kemudian memberi ‘salam’.

copy dari (http://yayasan-ilmu.blogspot.com/2011/02/solat-terlupa-bilangan-rakaat-solat.html)