Sunday 3 June 2012

Himpunan Hijau Menuju Mardhatillah

"Dengan nama Allah yang Pemurah lagi maha Penyayang"

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Menguasai Langit, Bumi dan yang ada diantara kedua-duanya. Selawat dan Salam kepada rasullullah S.A.W  yang telah mengorbankan segala-galanya demi menyebarkan risalah Islam, keluarga baginda serta para sahabat baginda.

Amma Ba'd

Sedikit perkongsian dan coretan dari diriku yang jahil tentang episod hidupku di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya...



Alhamdulillah kerana Himpunan Hijau Menuju Putrajaya anjuran Parti Islam Semalaysia (PAS) telah berjaya dengan lancarnya walaupun ada sedikit kurang dan cacat cela dimana-mana kerana perhimpunan ini dianjurkan oleh manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan. Tetapi tidaklah sehingga melanggar syarak. Kehadiran peserta ke perhimpunan tersebut yang dijangkakan adalah melebihi 100,000 peserta dan dijangkakan lebih 50% adalah dikalangan pemuda. Ini adalah satu tanda dimana pemuda pengganti generasi masa depan semakin ghairah memburu kemenangan demi  menggapai cita-cita membentuk kembali Daulah Islamiyyah.

Inilah Perhimpunan yang diidami oleh sekian umat manusia iaitu perhimpunan yang dapat membimbing seisi umat manusia kearah mardhatillah. Setiap laungan memuji kebesaran Allah S.W.T, setiap ceramah dan taujihad  mengajak umat manusia supaya turun ke medan jihad untuk meletakkan islam di tempat yang sepatutnya. Himpunan ini juga dihadiri Ulama' yang diiktiraf seluruh ulama-ulama seluruh dunia...





Tidak dapat menahan air mataku melihat para pemuda yang sanggup menggadaikan masa muda mereka, Tidak lupa juga kepada ramai artis-artis yang kian banyak kembali kepada islam. sanggup menggadaikan populariti. tetapi yang penting mereka sanggup mengambil risiko ancaman dari musuh. Mereka berjuang bersama islam tidak kira apa latar belakang mereka. Bersedia melafazkan Bai'ah berjuang demi menegakkan islam. Inilah hasil tarbiyah yang telah melahirkan ramai kader-kader pejuang Fi Sabillillah juga generasi tentera-tentera Islam di zaman Rasullullah S.A.W.

Dalam Perang Yarmouk, kata-kata panglima tenteta islam Khalid Al Walid kepada panglima tentera Rom iaitu Heraklius dan menggegarkan hati-hati heraklius dan tentera Rom ketika itu.

Kata Khalid Al Walid kepada Heraklius "Aku datang dengan tentera yang cinta mati sepertimana tentera kamu yang cinta hidup"



Inilah hasil tarbiyah rasullullah S.A.W dan tarbiyah ini telah berjaya melahirkan tentera-tentera Allah yang dimatanya hanya nampak Kemenangan Islam dan Syahid. Tidak hirau mehnah dan tribulasi serta ancaman yang datang. Jadi kita adalah generasi yang dilahirkan demi menyambung perjuangan rasullullah S.A.W ini.



Doa adalah senjata umat islam, jadi Sama-sama kita berdoa supaya islam berjaya tertegak di Bumi Malaysia malah dunia seterusnya Islam menjadi "Ustaziyatul Alam" dimana semua manusia dapat hidup aman dan damai dibawah pemerintahan Islam. semoga perkongsian yang serba kekurangan diatas membawa kita semua mendekati Allah S.W.T. Wallahu'alam...






No comments:

Post a Comment