Thursday 31 May 2012

Mahatma Ghandi : Pemimpin Revolusi Rakyat India

Sebagai seorang anak muda terutama Mahasiswa, kita perlu mengetahui walaupun sedikit berkaitan dengan sejarah negara mahupun sejarah dunia. Kerana dengan sejarah dapat membentuk diri seseorang itu. Mahasiswa adalah pemimpin negara di masa hadapan dan kita juga akan memimpin generasi selepas kita supaya menjadi lebih baik. Mahasiswa juga perlu mempunyai idola yang hebat, idola yang terbaik adalah Rasullullah S.A.W dan bukannya artis hiburan sepertiK-POP dan Justin Bieber yang merendahkan mentaliti pemuda.

Setelah menonton filem "Gandhi" yang dikeluarkan pada tahun 1982, filem ini banyak memberi kesan kepada diriku. Lebih 3 jam menonton sambil membedah filem berkaitan tokoh Kemerdekaan India yang sangat hebat ini. Selepas itu, aku mula mencari siapakah sebenarnya Mahatma Gandhi...Marilah sama-sama kita telusuri kelebihan seorang yang bergelar bapa Kemerdekaan India. 



Biodata

Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan tersebut. Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau. 

Mengikut adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.
Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang. Di samping mempelajari undang-undang, Pada 1891, beliau lulus peperiksaan akhirnya dan pulang ke India sebagai seorang peguam.

Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki Hindu yang marah kerana kepercayaan Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak yang sama.

Kehebatan Seorang Pemimpin

1. Keagamaan

Beliau merupakan seorang yang pentingkan soal keagamaan. dimana beliau telah membaca pelbagai kitab dari berbagai agama seperti kitab Agama Islam, Hindu, Kristian dan juga Yahudi. Ini membuktikan bahawa seorang pemimpin yang hebat tidak boleh dipisahkan dari aspek agama. Diantara pemimpin Islam yang tidak asing lagi iaitu Rasullullah S.A.W iaitu seorang Rasul utusan Allah S.W.T, 4 Khalifah Khulafa' Ar- Rasyidin iaitu saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al Khattab, Saidina Uthman bin Affan, dan Saidina Ali dan ramai lagi pemimpin-pemimpin islam mahupun pemimpin agama yang lain. Walaupun, Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.

2. Ideologi

Beliau juga seorang yang mempunya ideologi yang diiktiraf seluruh dunia malah telah menjadi pegangan tokoh-tokoh dan aktivis-aktivis revolusi seperti Martin Luther King Jr. dan Nelson Mandela. Ideologi yang menjadi pegangan Mahatma Gandhi adalah "Kesederhanaan".  Prinsip Gandhi, satyagraha, sering diterjemahkan sebagai "jalan yang benar" atau "jalan menuju kebenaran". Beliau juga membawa gerakan kemerdekaan India secara aman dan sama sekali tidak membenarkan kekerasan berlaku. Mahatma Gandhi adalah orang  yang mencetuskan gerakan yang menggunakan jalan keamanan (demonstrasi secara aman) dan tolak keganasan yang kini digunakan oleh pelbagai negara  seperti sebilangan negara dalam peristiwa "Arab Spring" dan negara lain di seluruh dunia terutama di Malaysia.

3. Berjiwa rakyat dan Berjiwa Besar

Mahatma Gandhi adalah seorang yang berjiwa rakyat. Beliau adalah orang yang benci perbezaan dan ketaksuban terhadap bangsa (perkauman), Kejadian dimana ketika Mahatma Gandhi berada di Afrika Sealatan untuk membela seorang klien. Di sana Beliau melihat diskriminasi perkauman yang sangat dahsyat. Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibunegeri Natal. Sewaktu didalam keretapi, seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang "berwarna" di kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama. Akhirnya beliau serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut. Isu inilah yang menyebabkan Mahatma Gandhi nekad untuk berjuang menghentikan dasar Aparteid yang membezakan darjat ini di India malah seluruh Dunia.

Albert Einstein berkata mengenai Gandhi: "(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini."

Akhirnya, semoga maklumat ini dapat menjadikan diri kita sebagai seorang pemimpin yang hebat di masa hadapan. Fahamilah kata-kata hikmah dari seorang tokoh hebat dunia ini. 

Kata hikmah dari Mahatma Gandhi:
"Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan."

"Jadilah kamu manusia yang pada kelahiranmu semua orang tertawa bahagia, tetapi hanya kamu sendiri yang menangis dan pada kematianmu semua orang menangis sedih, tetapi hanya kamu sendiri yang tersenyum."

Wallahu'alam




1 comment: