Wednesday 27 July 2011

Keindahan Ramadhan (^_^)

Ramadan dan sinarnya kembali menemui sekalian hamba kalangan umat Islam. Bulan yang penuh dengan barakah. Setiap hamba diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Pada bulan ini setiap hela nafas menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, amalan diterima dan doa-doa diperkenankan.

Tatkala mengingatkan imbauan silam saat junjungan besar Rasulullah SAW dan para sahabat amat girang serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun, terdetik persoalan di manakah kita dalam meneladani dan menghayati Rasulullah SAW di madrasah Ramadan yang penuh keberkatan ini?

Bulan dan detik-detik yang sarat dengan kebaikan, peluang sisa umur yang sangat indah sebelum terlena kerana adakah masa yang paling indah daripada Ramadan untuk melakukan munajat kepada Allah dengan berdiri menghadap Rabb al-Izzati sambil mendengar alunan ayat-ayat-Nya yang menghiasi pendengaran, membersihkan hati dan menambahkan keimanan dalam diri?

Firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

Selagi hayat dikandung badan, kejarlah sebanyak mungkin peluang utk beribadat terutama pada bulan ramadhan ini, pasatkan di dalam hati dan target untuk menjadi lebih baik dan yang baik menjadi lebih lebih baik, kutiplah mutiara2x(pahala) di atas dunia yang sementara ini untuk dibuat bekalan menuju alam yang kekal…sama-sama kita mengejar mardhatillah (keredhaan Allah S.W.T dan cinta rasullullah S.A.W)

7 comments:

  1. harap ibadah puasa yg bakal ditempuhi lebih dari sekadar hanya menahan lapar dan dahaga.....

    ReplyDelete
  2. ziq, troskan perjuangan dalam pena...>_<

    ReplyDelete
  3. Syukran semua, sama2xlah kita muhasabah...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, mari jemput lihat legasi arwah sahabat ana..Sobri di http://kucinhutan.blogspot.com/

    mungkin banyak nasihat yg boleh dikongsi

    ReplyDelete