Saturday 20 August 2011

10 Malam terakhir...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,

Hari ini maka genaplah 20 ramadhan 1432 hijrah bererti kita sudah melalui 20 hari dalam bulan yang penuh dengan keberkatan. Sedar tak sedar 20 hari yang telah berlalu ini tidak akan kembali lagi dan hanya dapat dirasakan nikmat ini sekali seumur hidup. 

Mungkin ada diantara kita yang mengatakan:-

1. "Akhirnya dah sampai 10 malam terakhir, jom shopping, nak raya dah!"

2.  "Eh, sedar tak sedar dah 10 malam terakhir, maknanya 10 hari lagi raya la kan?

3. "Allahuakbar, sudah 10 malam terakhir...apakah yang telah aku lakukan pada 20 malam ramadhan sebelum ini...

4. "Selamat tinggal Ramadhan..."

Pilihlah kita berada dimana diantara empat sahabat ini...

Urm...sahabat semua mesti pernah dengar Malam Seribu Bulan atau malam lailatul Qadar. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam tidak kira bangsa, keturunan dan adat...pada malam lailatul qadar ini, jika sahabat-sahabat berzikir, maka pahala zikir kawan-kawan akan digandakan sehingga 1000 bulan (1 = 1000)...Allahuakbar, marilah kita sama-sama mengejar malam yang penuh barakah ini tidak kiralah siapa kita penagih dadah, kaki disco, berjudi...sama-sama kita mengejarnya kerna hidayah itu milik Allah.


Antara Amalan Rasullullah S.A.W pada 10 malam terakhir ramadhan:
1. Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan. 

Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi’in ini adalah satu
upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

2. Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud:
“Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka
Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat tarawih dan witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”

Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.

Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah
memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon
perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.”

Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah
mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya
dengan amalan lain sepanjang malam itu.

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud: “Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

3. Memperbanyakkan doa.

Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.
Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibubapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.

Sahabat-sahabat, marilah kita sama-sama melakukan pecutan akhir pada 10 malam terakhir ramadhan ini dan sama-sama kita mengejar malam lailatul qadar yang menjadi impian umat-umat islam...moga-moga Ramadhan kita dalam keadaan "happy ending"...amin~

3 comments:

  1. moga Allah beri kekuatan utk terus istiqamah dalam mencari bekalan buat ke 'sana'

    ReplyDelete
  2. pkongsian yg bagus..

    marilah kita jadi hamba Allah,bukan hamba Ramadan~

    ReplyDelete