Sunday 31 July 2011

Ramadhan Satu Episod Kehidupan

Tanggal 1 Ramadhan 1432 hijrah maka bermulah satu episod di dalam kitaran kehidupan kita sebagai umat islam, saya percaya masing-masing kita umat islam tidak kira kaya atau miskin, tua atau muda ternanti-nanti untuk menyambut bulan yang penuh barakah, bulan Al-Quran. Mesti kita semua ternanti-nanti depan Televisyen menunggu berita baik tentang puasa...Mesti rindu suara Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah selepas nie...


Mungkin penerimaan setiap individu untuk menyambut bulan puasa ini berlainan, ada yang nak solat tarawikh, ada yang kata dapat jimat duit, ada manusia yang cari rezeki pada bulan puasa ini, maka bulan puasa bukan lah hanya bulan yang membebankan dan menyusahkan manusia tetapi merupakan satu "Episod Kehidupan" yang sangat menarik dan seronok. Mungkin ada perbualan yang kita semua sering dengar, sama-sama kita lihat..


1. "Ramadhan dah nak sampai nie, tak sabar nak solat tarawikh"

2. "Nampaknya kita dah puasa, maka tak lama lagi Raya pula"


3. "Bulan puasa dah sampai, boleh la adik main bunga api, yahoo!!"

4. "Alhamdulillah bulan puasa dah masuk, elok jugak jika kita berniaga lemang tahun nie"



Apa yang penting kita sebagai hamba Allah tidak perlu segan untuk bermunajat dan berdoa kepada Allah, Berdoalah supaya niat dan keikhlasan kita untuk menunaikan ibadat di bulan puasa sentiasa terjaga dan diberi kekuatan untuk menahan godaan nafsu kita.


Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasullullah S.A.W bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah S.W.T, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang melaksanakan qiyam padabulan ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang bangun melakukan qiyam lailatul qadar atas dasar keimanan dan mengharapkan redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni."


(Riwayat al-Bukhari no.38 dan Muslim no. 175) 


Ayuh semua saudara seislamku termasuk juga diriku, Sama-samalah kita mengutip permata yang berharga dalam bulan yang penuh barakah ini dengan keikhlasan dan mendapat penghayatan dalam mencari nikmat iman, islam dan ihsan, banyak-banyakkan beribadat terutama tadarus Al-Quran, tarawikh dan berzikir kerana biar kita lapar secara luaran tapi secara dalamannya kita kenyang dengan beribadat...Selamat menyambut bulan ramadhan Al- Mubarak (^_^)

3 comments:

  1. selamat berpuasa~.. pengumuman puasa hr tu bkn Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.. org len yg ganti..

    ReplyDelete
  2. yeker...dah bersara kot. lama dah dia buat pengumuman =)

    ReplyDelete